Sabtu, 23 Mei 2015

CARA-CARA UNTUK BACK-UP DATA DARI KOMPUTER RIBA

i. Buka bahagian belakang laptop di bahagian cakera keras dengan menggunakan pemutar skru.
Gambar 4 : Penutup cakera keras dibuka dengan menggunakan pemutar skru ii. Cabutkan cakera keras dan keluarkan dari komputer riba
Gambar 5: Cakera keras dicabut iii. Sambungkan kabel SATA kepada cakera keras. Kabel ini akan menjadikan cakera keras seperti cakera keras luaran.
Gambar 6: Kabel sata disambungkan ke cakera keras iv. Kemudian sambungkan cakera keras tersebut kepada komputer riba yang lain dengan menggunakan usb port. Lampu LED akan menyala dan menunjukkkan cakera keras telah disambungkan kepada komputer riba.
Gambar 7: Cakera keras disambungkan ke komputer riba v. Simbol cakera keras komputer riba tersebut akan muncul di dalam My Computer. Segala partition dari cakera keras boleh diakses dan back-up semua data dengan menyalin data tersebut ke cakera keras yang lain.
Gambar 8: Tetingkap My Computer dibuka vi. Akhir sekali, cabut cakera keras sambung kembali ke komputer riba yang asal dan ketatkan kembali kesemua skru yang telah dibuka.

Khamis, 5 November 2009

Maafkan diriku yg hina ni ya ALLAH


tiada apa yg ku nak coretkan ari ni...cuma...aku sedih...sedih ngan sikap ku yg semakin berubah...ku tahu....ku bnyak bzirkn ms dgn bnda2 yg lalai....ku bnyak menyusahkan mak n ayah ku...aku syg mereka sgt...tp apa daya ku....aku skang cuba untuk berubah dan blajar rajin2...ya ALLAH...bantulah hambaMU yg lemah ini...dan maafkan lah segala dosa yg telah dilakukan oleh hambaMu yg lemah ini......ku bersyukur walaupun ku bnyak buat dosa...tp Engkau masih membantuku....aku malu ya ALLAH....aku cuba untuk berubah kerana aku sgt sayang pdMu ya ALLAH....

Selasa, 3 November 2009

Buatkan aku berfikir...Dengan apa?Dan untuk apa?


Terlalu kerap kita melihat hiburan itu ialah untuk berhibur.Sekerap itu jugalah kita ditipu dan dipermainkan oleh hiburan.Terlalu banyak ragam hiburan, sukan, muzik, filem, majalah, dan juga bahan bacaan membanjiri segenap ruang hidup sehingga memaksa saya bertanya berkali-kali,"berhibur untuk apa?"

Hiburan dalam islam salah satunya ialah nasyid.Saya meminati nasyid kerana ia membuatkan saya berfikir!Bagaiman bisa nasyid membuat seseorang berfikir?Senikatanya!Iramanya mungkin simple, slow, tetapi menusuk ke kalbu.Irama atau lagu menghampiri hati dan mengetuknya lalu memeluk erat hati tersebut.!Irama dan lagu,apabila ia dipisahkan maka akan matilah perasaan,akan gagallah senikata untuk sampai kepada hati dan hanya berdengung dibibir telinga.Percayalah,dakwah yang paling berkesan ialah dakwah yang menyentuh hati dan memaksa insan untuk berfikir.

Sebelum menulis apa-apa,sering saya bertanya kepada diri sendiri,bagaimana cara terbaik untuk membuatkan insan berfikir?Inilah tugas penulis.Tidak hanya memikirkan tentang panglipur lara, jenaka kosong, atau kisah-kisah yang tiada apa-apa kepentingan untuk ditulis. Apabila al-quran dibuka,kita biasa menemui ayat-ayat yang diakhiri dengan "bagi kaum yang berfikir"atau"supaya kamu berfikir".
Ust. Hasrizal dalam laman webnya berkata
Menulis bukan untuk memberiTAHU, tetapi ingin menyuntik MAHU, agar dapat berusaha mencapai MAMPU!
MAHU apa?Mampu untuk apa?Mahu untuk berfikir,dan mampu untuk faham dan bertindak?Mungkin!

Seandainya kita menyedari,islam mengajar kepada penganutnya,berhibur bukan hanya untuk merawat masalah hati.Islam mengajar berhibur juga boleh menyuntik perasaan mahu berfikir!Jika bangsa arab menjadikan syair itu sebagai hiburan dan alat media,maka datangnya islam telah melahirkan penyair-penyair yang mampu membuat insan berfikir akan kebesaran Allah swt,kebenaran agamanya,kehidupan yang sementara dan perjuangan.
Dalam mukashafah al qulub(penenang jiwa) karya imam al-ghazali,terdapat banyak syair-syair yang ditulis yang membawa insan untuk berfikir.Antaranya ialah
Demi umurku
Pemuja dunia akhirnya aku menyesal jua
Bila dunia pergi dia merasai rugi
Bila dunia datang, keinginan terus meninggi

Ibnu Bisam berkata:
Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh,tapi dirindukan.

Syair karya Mus'ar bin Kaddam ini sering diperdengarkan oleh Umar bin abdul Aziz
Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia
Siang kau tidur dan malas
Malam pun kau tidur dan hina
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan
persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan
demikianlah kehidupan haiwan-haiwan
Sukar untuk dinafikan,dakwah sememangnya memerlukan kudrat yang cukup kuat untuk membuatkan insan berfikir.Dan untuk seseorang berfikir,dakwah perlu sampai kepada hatinya!Kerana itulah,bahan dakwah samada penulisan, tayangan, ceramah, dan sebagainya perlulah diselitkan unsur emosi supaya ia mampu menyentuh hati.

Saya tertarik setiap kali pergi ke panggung wayang.Penonton biasanya akan pay 100% attention kepada cerita.Sampaikan kalau filem itu terlalu menarik,sanggup untuk tidak ke tandas.Tidakkah orang-orang dakwah sedar potensi ini?Atau juga orang seni yang ingin berdakwah,ambillah kesempatan ini untuk menyampaikan mesej islam dan ketuhanan.

Seringkali juga saya berbincang dengan sahabat-sahabat tentang perkara ini,ramai yang bersungguh-sungguh untuk terjun ke bidang tertentu diatas nama dakwah.Ada yang bersungguh mempelajari animasi, programming, dan sebagainya diatas nama dakwah.Paling kurang untuk menyumbang sedikit sebanyak usaha dan keringat untuk mengembalikan semula kegemilangan islam.Banyaklah idea-idea menarik seperti membuat islamic animation, islamic movie, drama dan sebagainya.Tidak kurang ada yang teruja untuk membuat permainan komputer yang menyemai semangat berjihad!Pentas dakwah ini terlalu luas dan bukan terhad kepada mereka yang berstatus ustaz sahaja.

Jika pentas hiburan mampu diselitkan kedalamnya unsur dakwah yang mampu menyentuh hati dan membuat insan berfikir,itulah bentuk hiburan yang terbaik.Mungkihkah ianya terlalu berisiko?Mungkin...berisiko jika tidak kena gayanya.

Paling tidak pun saya ada altenatif disini.Menulis.Sejauh mana ia mampu menyentuh hati dan memujuk pembaca untuk berfikir,serahkahlah pada Allah swt.Renungkan kata-kata ini :
Hati ibarat tanah, dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati

Isnin, 2 November 2009

Hmmm....Alhamdulillah..


Alhamdulillah....dah selesai satu paper da lg 5 paper menanti dr ku untuk dicoretkan...sok da lagi satu paper yg boleh migrankan kpala ku ni...huhuh...Ya ALLAH..moga ku boleh menjawabnya dengan tenang dan di bawah rahmatMu..AMIN..

Ahad, 1 November 2009

Who I AM???


Assalamualaikum.....

tanda pembukaan...ana seorg yg ceria and hepy go lucky!!

sebenrnya ni first time ana nak join wat blog ni...ana budak baru belajar lau da salah n silap sila ajarkan...selamat berkenlan suma!!!